TENTANG KAMI




Aziest Katering terlibat secara serius dalam industri makanan dan katering umumnya. Berpengalaman mengendalikan pelbagai majlis samada perkahwinan atau korporat dengan bilangan sehingga 5000 orang. Berdasarkan pengalaman dan komitmen kami didalam industri ini, ia adalah merupakan satu kekuatan dan kelebihan kepada kami bagi memberikan perkhidmatan dan kualiti yang lebih baik buat bakal-bakal pelanggan kami.

Konsep perkhidmatan semua dalam satu atau lebih dikenali sebagai “One Stop Centre” yang kami tawarkan akan memberikan banyak kelebihan kepada pelanggan kami dimana penjimatan dari segi kos, masa & tenaga bakal diperolehi. Oleh itu konsep Aziest Katering diwujudkan dimana bakal Raja dan Permaisuri Sehari boleh mendapatkan segala keperluan dibawah satu bumbung tanpa perlu memeningkan kepala lagi.

Kami amat yakin dan percaya bahawa dengan adanya kerjasama dan komitmen dari setiap warga kerja, kami pasti akan mampu memberikan saingan dan seterusnya memenuhi kehendak serta citarasa pelanggan masa kini. Di Aziest Katering, kami sememangnya amat menitikberatkan tentang setiap keperluan dan kehendak pelanggan-pelanggan kami dan justeru itu kami akan berusaha sebaik-baiknya untuk memberikan hanya yang terbaik buat semua pelanggan kami. Pada Aziest Katering, ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI!

KEPUASAN ANDA IMPIAN DAN MATLAMAT KAMI